Tarikh : 05 April 2023
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Perkarangan PEDi Taman Hijau
Peserta : 1
Tujuan 


Usahawan mempelajari cara - cara membuka akaun EZBiz untuk pelbagai urusan berkaitan dengan pendaftaran syarikat, pembaharuan lesen perniagaan dan pembayaran kompaun syarikat. 

Aktiviti 
  • Memberi tunjuk ajar kepada ahli PEDi yang juga merupakan seorang peniaga yang ingin mengaktifkan akaun SSM beliau.
  • Menerangkan kepada ahli berkenaan mengenai Portal SSM iaitu EZBiz Online dimana setiap peniaga dapat membuat pelbagai urusan pendaftaran perniagaan  melalui portal tersebut tanpa perlu ke pejabat SSM.
  • Membantu ahli berkenaan untuk menyelesaikan urusan pembayaran kompaun kerana Pendaftaran Perniagaan telah tamat tempoh dan kemudian mendapatkan temujanji dalam talian dengan pegawai SSM bagi tujuan membuat pembaharuan lesen perniagaan.

 GAMBAR DI SINI

Tarikh : 11 Mac 2023
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Perkarangan PEDi Taman Hijau
Peserta : 10
Tujuan 


Memberi pendedahan kepada pelajar untuk menguasai Microsoft PowerPoint dengan membuat slide dengan kemudahan 'Animation and Transition"

Aktiviti 
  • Pelajar telah di ajar asas kepada PowerPoint iaitu untuk tujuan perbentangan slide. Kelas seterusnya pula adalah dengan menjadikan slide tersebut lebih kreatif dan mudah untuk di bentangkan dan lebih menarik perhatian pembaca dengan element Animation and Transition.
  • menerangkan kepada pelajar cara menjadikan slide tersebut mudah untuk difahami oleh audiens dengan adanya slide yang menarik dan canggih.
  • saling bertukar pendapat dan pandangan dengan pelajar untuk menjadikan slide tersebut menjadi lebih menarik.
  • ianya dapat menarik minat kreatif pelajar seterusnya menjadikan pelajar tersebut seorang yang kreatif dan minat mendalami ilmu ICT selain daripada memudahkan mereka melakukan tugasan sekolah.

 GAMBAR DI SINI

Tarikh : 06 Mac 2023
Masa : 03.00 petang - 05.00 petang
Lokasi : Bilik latihan PEDi Taman Hijau
Peserta : 10

 

Tujuan 


Asas mencipta poster beranimasi menggunakan aplikasi Canva dengan bertemakan Pusat Ekonomi Digital.  

Aktiviti 
  • Membuka Aplikasi CANVA dan meminta pelajar untuk mereka cipta 1 poster beranimasi yang bertemakan mengenai PEDi 
  • Menunjukkan cara untuk mengubah dan menambah baik rekaan mereka dengan menggunakan ciri 'Animation' dan meminta pelajar untuk mencuba setiap 'transisi' yang ada supaya mereka boleh memilih animasi yang bersesuaian.
  • Saling bertukar pendapat dengan pelajar kegunaan animasi ini di samping menimbulkan minat kreativiti dalam diri pelajar untuk menghasilkan rekaan poster yang menarik.

GAMBAR DI SINI

Tarikh : 09 Mac 2023
Masa : 10.00 pagi - 3.30 petang
Lokasi : Perkarangan PEDi Taman Hijau
Peserta : 0
Tujuan 


Program Outreach Mobile Team KWSP adalah program kaunter bergerak oleh agensi KWSP cawangan Teluk Intan dengan kerjasama PEDi Taman Hijau untuk memberikan kemudahan kepada pengunjung dan komuniti di sekitar Tanjung Malim dalam menyelesaikan urusan berkaitan KWSP. 

Aktiviti 
  • 2 orang pegawai KWSP dari Pejabat KWSP cawangan Teluk Intan telah hadir untuk memberikan pelbagai khidmat kaunter dia PEDi.
  • Antara perkhidmatan yang di sediakan pada hari tersebut adalah menyemak penyata akaun, membuat pendaftaran i-Akaun, memperkenalkan skim baru untuk pencarum iaitu i-Sayang, Kemas kini data pengguna dan pelbagai lagi urusan yang di sediakan.
  • Seramai kira-kira 40 orang awam yang hadir untuk mendapatkan perkhidmatan kaunter bergerak tersebut.

 GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 04 Mac 2023
Masa : 03.00 petang - 05.00 petang
Lokasi : Bilik latihan PEDi Taman Hijau
Peserta : 8
Tujuan 

Kelas asas ICT Microsoft Power Point. Bertujuan memperkenalkan pelajar sekolah rendah dan menengah, menguasai asas Power Point dan mampu menggunakan Power Point dengan mahir.

Aktiviti 
  • Menerangkan kepada ahli mengenai kegunaan Microsoft Power Point dan kebaikannya di mana ianya dapat memudahka kerja seharian terutama pelajar dalam menyelesaikan masalah kerja rumah.
  • Membantu ahli menjadi lebih mahir dengan segala fungsi baru yang di sediakan.
  • Para pelajar di minta untuk membuat slide show perbentangan yang bertajuk Tempat Menarik bagi setiap negeri di Malaysia.
  • Selain daripada mempelajari untuk menggunakan Power Point, pelajar juga dapat mempelajari cara untuk copy and paste gambar ke dalam Power Point.

 GAMBAR DI SINI