Tarikh : 06 Januari 2023
Masa : 2.30 petang - 04.30 petang
Lokasi : Hall PEDi Taman Hijau
Peserta : 13

 

Tujuan 


Advokasi ini bertujuan untuk menerapkan ilmu mengenal pasti jenis bulis siber serta cara untuk melindungi diri dari jenayah buli siber dengan mengambil tindakan yang bijak. 

   
Aktiviti 
  • Setiap ahli diminta untuk menonton klip Klik Dengan Bijak di laman Youtube dan meneliti video berkaitan dengan buli siber.
  • Menjalankan soal jawad dengan ahli mengenai kefahaman mereka mengenai buli siber.
  • Membantu ahli untuk kenal pasti jenis buli siber dan cara untuk menangani gejala ini.
  • Mendidik ahli untuk sentiasa berhati-hati ketika melayari Internet dan apa jua media sosial dan elakkan menjadi pemangsa dan mangsa buli siber.

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 23 Disember 2022
Masa : 2.30 petang - 04.30 petang
Lokasi : Bilik Latihan PEDi Taman Hijau
Peserta : 13
Tujuan 


KDB Camp School Break merupakan suatu usaha petugas untuk mengisi masa lapang pelajar sekolah rendah ketika musim cuti sekolah akhir tahun. Kem KDB ini dijalankan dengan 5 aktiviti yang bersesuaian dengan pelajar sekolah rendah dan memperkenalkan Klik Dengan Bijak kepada pelajar yang menyertai aktiviti pada hari ini.

   
Aktiviti 
  • 12 orang ahli dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 3 orang ahli.
  • Terdapat 5 aktiviti yang dijalankan iaitu Teka Gaya, Kuiz KDB Kahoot, Telefon Rosak, Jenga Tower dan Focus Dart.
  • Setiap ahli akan mengumpul markah dan markah kumpulan yang tertinggi akan dikira pemenang.
  • Kuiz KDB juga dijalankan bagi memastikan setiap ahli faham mengenai program klik Dengan Bijak dan dapat menggunakan pengetahuan tersebut dengan sebaiknya.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 05 Disember 2022
Masa : 3.00 ptg - 4.30 tengahari
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 12

 

Tujuan 

Berkongsi idea dan pandangan ahli mengenai cara untuk melindungi komputer atau telefopn pintar mereka dari serangan virus dan juga dari di hack oleh pihak lain.  

   
Aktiviti 
  • Menjalankan aktiviti soal jawab dengan ahli mengenai cara untuk melindungi komputer atau telefon pintar mereka.
  • menerangkan kepada ahli mengenai fungsi antivirus dan juga firewall yang membantu untuk menghalang serangan virus yang boleh merosakkan perisian pada komputer atau telefon pintar.
  • berkongsi cara untuk mengelakkan dari serangan virus contohnya seperti jangan klik pada link yang tidak pasti sumbernya dan tidak memuat turun aplikasi dari portal yang tidak sah.
  • mendidik ahli untuk sentiasa menjaga perisian komputer dengan baik, lakukan pembersihan fail dengan kerap dan juga jalankan imbasan voirus dengan kerap pada peranti atau komputer mereka.

 

Tarikh : 25 November 2022
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 5

 

Tujuan 

Mengajar ahli yang terdiri dari mereka yang masih bersekolah rendah untuk mempelbagaikan kemahiran ICT mereka dengan membuat animasi ringkas dengan menggunakan aplikasi CANVA. 
   
Aktiviti 
  • Membuka aplikasi CANVA dan memperkenalkan setiap fungis dan cara untuk menggunakan aplikasi tersebut.
  • Membuat latihan hands-on kepada peserta car untuk menghasilkan animasi ringkas.
  • Membantu peserta dalam menyumbangkan idea dan cadangan bagi mencantikkan animasi rekaan mereka.
  • Bersoal jawab dengan peserta, kegunaan animas tersbut iaitu sebagai post di media sosial ataupun menghasilkan iklan untuk berjual beli .

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 03 Disember 2022
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : Bilik Latihan PEDi Taman Hijau
Peserta : 8
Tujuan 


Kursus latihan pengendalian makanan ini merupakan kursus latihan yang perlu diambil oleh setiap peniaga makanan, atau pembantu kedai makanan dan juga mereka yang mengendalikan makanan tersebut kepada pelanggan.

Kursus ini dijalankan secara dalam talian dan beberapa peserta menggunakan kemudahan di PEDi untuk menghadiri kursus tersebut. 

   
Aktiviti 
  • Para peserta akan menghadiri kursus tersebut selama 3 jam iaitu bermula pada 09.30 pagi sehingga 12.30 tengahari.
  • guru yang mengajar tersebut akan sentiasa bersoal jawab secara terus kepada peserta.
  • Walaupun secara dalam talian, para peserta dan juga pengajar sentiasa bersemuka bagi memastikan setiap peserta yang m,enyertai memahami tujuan utama kursus tersebut.
  • Sijil kehadiran akan diberikan kepada peserta selepas habis menyertai kursus berkenaan selama 3 jam.

GAMBAR DISINI