Tarikh : 11 Februari 2023
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Bilik latihan PEDi Taman Hijau
Peserta : 8
Tujuan 

Program asasnya adalah berteraskan pemahaman ahli mengenai Klik Dengan Bijak. Selain itu, petugas juga telah menjadikan pemahaman mereka tersebut dengan meminta ahli membuat poster yang bertemakan Klik Dengan Bijak.

Aktiviti 
  • Program dimulakan dengan petugas meminta pelajar untuk menonton video berkaitan dengan Klik Dengan Bijak (KDB) dan kemudian meminta pelajar untuk memberikan pendapat dan pemahaman mereka mengenai Buli Siber, Semak Sebelum Sebar, Tak Pasti Jangan Kongsi dan Maklumat Palsu.
  • Meminta pelajar untuk mencipta Poster KDB dengan menggunakan aplikasi CANVA dan meminta mereka menyampaikan kembali pemahaman mereka mengenai KDB.
  • Memastikan setiap pelajar juga mahir menggunakan aplikasi CANVA dan pengetahuan ini dapat membantu pelajar untuk mempelbagaikan kemahiran mereka dalam ICT.  

GAMBAR DISINI

Tarikh : 18 Februari 2023
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahri
Lokasi : Bilik latihan PEDi Taman Hijau
Peserta : 6
Tujuan 

Mmeberikan tunjuk ajar dan juga cara untuk membuat slide presentation menggunakan aplikasi PowerPoint. Kebanyakan ahli tidak biasa menggunakan Microsoft PowerPoint kerana tidak mahir dengan segala 'features' yang terdapat dalam Microsoft Power Point.

   
Aktiviti 
  • Menjalan tutorial secara 'Hands-on" cara untuk membuat slide presentation dengan menggunakan tema Kenali Fungsi PEDi.
  • Menerangkan cara menggunakan 'features' yang terdapat dalam Power Point bagi memudahkan ahli membuat presentation yang mudah untuk dibaca.
  • membuat contoh presentation mudah supaya ahli dapat gambaran mengenai kegunaan Presentation Prezi Style.

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 20 Januari 2023
Masa : 3.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : Hall PEDi Taman Hijau
Peserta : 1

 

Tujuan 


Pengenalan format Excel dengan memasukkan dan memindahkan data serta membuat format untuk fungsi - fungsi tertentu dalam sesuau kertas kerja. Penggunaan Microsoft Excel juga memudahkan ahli PEDi yang merupakan seorang majikan syarikat swasta untuk menyediakan slip gaji bulanan kepada pekerjanya.

   
Aktiviti 
  • Menunjukkan kepada ahli, cara untuk reka format Excel mengikut format slip gaji yang di kehendaki oleh ahli PEDi tersebut.
  • Menerangkan fungsi dan kegunaan lain Excel yang membantu memudahkan pengguna menyiapkan kerja yang diperlukan.
  • Menggalakkan ahli untuk sentiasa berlatih menggunakan Microsoft Excel supaya dapat memahirkan mereka dengan penggunaan Microsoft Excel.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 04 Februari 2023
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahri
Lokasi : Bilik latihan PEDi Taman Hijau
Peserta : 6
Tujuan 

Memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah untuk mencuba membuat poster dan merekacipta animasi ringkas dengan menggunakan aplikasi Canva. Pembelajaran ini diharapkan dapat memberi idea kepada pelajar dalam menyiapkan kerja kursus mereka dengan cara yang kreatif.

   
Aktiviti 
  • Menjalan tutorial secara 'Hands-on" cara untuk membuat akaun Canva dan cara untuk log in akaun Canva.
  • Menerangkan beberapa fungsi asas dalam aplikasi Canva.
  • Meminta pelajar untuk mencipta sebarang design menggunakan idea sepenuhnya dari mereka dan petugas membantu pelajar untuk menjadikan design tersebut menjadi lebih kemas dan teratur.
  • Meminta pelajar untuk menerangkan secara ringkas mengenai hasil poster dan animasi mereka kepada petugas supaya setiap pelajar faham dan amhir menggunakan aplikasi ini.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 20 Januari 2023
Masa : 3.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : Hall PEDi Taman Hijau
Peserta : 1

 

Tujuan 


Kelas asas menaip karangan Microsoft kepada pelajar yang baru menjadi ahli PEDi. Asas menaip merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar bagi memahirkan diri dalam menggunakan peralatan komputer.

   
Aktiviti 
  • Menerangkan kepada pelajar, fungsi dan kegunaan Microsoft Words.
  • Menerangkan kepentingan menguasai Microsoft Words untuk kemudahan dalam menyelesaikan pelbagai urusan.
  • Meminta pelajar membuat karangan dan sambil itu juga, menerangkan kepada ahli mengenai teknik yang betul untuk menaip karangan.

GAMBAR DISINI