Tarikh : 20 September 2024 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi - 12.30 petang
Lokasi : NADI Taman Hijau
Peserta : 20 orang
Tujuan
Memberikan kesedaran awam kepada komuniti setempat khususnya kepada golongan pesara dan warga emas yang sering menjadi sasaran utama scammer dalam menjerat mangsa. 

Aktiviti

Pihak NADI telah menjemput pihak PDRM untuk menyampaikan satu kelas kesedaran awam dan NADI Taman Hijau amat berbesar hati dengan kunjungan dari SM Mohamad Aris Bin Manap, Penolong Ketua Balai Polis Tg. Malim yang sudi hadir menyampaikan ceramah tersebut.

- Turut diundang dalam kempen kesedaran ini adalah pihak Jabatan Penerangan Daerah Muallim.

- Diharapkan agar setiap peringatan dan ilmu yang disampaikan oleh SM Mohamad Aris menjadi asbab untuk setiap pengunjung yang hadir, mengelakkan diri dari menjadi mangsa scam.

GAMBAR DI SINI

Tarikh : 07 September 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.30 petang
Lokasi : NADI Taman Hijau
Peserta : 8 orang
Tujuan
Dengan menggunakan aplikasi Paint, pelajar akan mempelajari cara untuk membuat lukisan animasi kucing.  

Aktiviti

- Pelajar membuat lukisan animasi kucing dengan menggunakan aplikasi Paint dengan mengikut tutorial lukisan di Youtube.

- Latihan lukisan dengan menggunakan Paint ini dapat melatih pelajar untuk lebih mahir membuat pelbagai bentuk dengan menggunakan Paint selain melatih kemahiran menggunakan tetikus.

- Setelah lukisan disiapkan, pelajar akan mewarnakan lukisan tersebut bagi menghasilkan lukisan animasi yang cantik dan kemas.

GAMBAR DI SINI

Tujuan

Pelajar sekolah menjalankan projek Sains Mesin Pembekal Air dan Menara Kertas dengan menggunakan bahan - bahan terpakai untuk pembelajaran STEM.

Aktiviti
  • - Petugas NADI akan membuat demo praktikal menghasilkan 'Water Dispenser'  dan 'Paper Tower' kepada semua pelajar sekolah.
  • - Aktiviti ini dibahagikan dalam 5 kumpulan dan setiap kumpulan 2 orang.
  • - Bahan telah siap disediakan dan pelajar hanya perlu membuat kerjasama dalam kumpulan dengan baik.
  • - Aktiviti pertama, pelajar akan menggamkan kepingan kotak yang telah dipotong untuk dijadikan badan mesin dan menebuk lubang pada botol.
  • - Siap membentuk mesin pembekal air, pelajar akan memasukkan Straw ke dalam botol dan akan diuji air akan keluar selepas penutup botol dibuka.
  • - Aktiviti kedua, pelajar akan menggulungkan kertas kepada 2 bahagian dan dapat menghasilkan 18 helai gulungan kertas.
  • - Petugas NADI akan menggamkan gulungan menjadi 2 bahagian tingkat.
  • - Akhir sekali, ketahanan kertas akan diuji dengan bebanan buku.

 

GAMBAR DI SINI

Tarikh : 10 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 3.00 petang
Lokasi : Dewan Kg Kelawar, Tanjong Malim
Peserta : 98 orang
Tujuan
Aktiviti membuka booth pameran NADI sempena Karnival Madani Rewang Madani Negeri Perak 2024 anjuran Pejabat Penerangan Daerah Muallim.

Aktiviti

- 3 wakil NADI dari NADI Kluster Batang Padang & Muallim yang mengambil bahagian dalam mengadakan pameran booth iaitu NADI Taman Hijau, NADI Felda Sg Behrang dan NADI Felda Sg Klah.

- Antara aktiviti - aktiviti yang disediakan di booth NADI seperti permainan kuiz bertulis Bijak Komputer dan Klik Dengan Bijak serta kuiz Internet dalam bentuk permainan Roda Impian kepada pengunjung yang hadir di booth NADI.

- Setiap pengunjung yang bermain permainan kuiz di booth NADI akan mendapat pelbagai cenderahati.

- Booth NADI turut menerima kunjungan mesra dari Menteri MOSTI, YB. Chang Lih Kang dan MCMC Perak serta beberapa wakil agensi yang lain.

 

GAMBAR DI SINI

Tujuan

Pelajar sekolah belajar tentang internet sihat dengan menggunakan kaedah menghasilkan poster Canva.

Aktiviti
  • - Pertama sekali, petugas NADI akan menceritakan makna internet sihat kepada semua pelajar sekolah.
  • - Petugas akan memberikan contoh - contoh menggunakan internet secara bijak dan kesan buruk jika menggunakan internet secara salah.
  • - Setiap pelajar sekolah akan membuat titik penerangan dalam bentuk poster.
  • - Di samping membuat poster, pelajar sekolah dapat belajar untuk menggunakan internet dengan bijak pada masa akan datang.

GAMBAR DI SINI