Tarikh : 11 Mei 2023
Masa : 10.00 pagi - 03.00 petang
Lokasi : Perkarangan PEDi Taman Hijau
Peserta : Komuniti Tanjong Malim
Tujuan 


Pihak KWSP cawangan Teluk Intan menjalankan Program Outreach di mana Team Mobile Outreach akan membuka kaunter di satu-satu tempat bagi memudahkan komuniti sekitar menjalankan urusan yang berkaitan . Pada minggu ini, Team Mobile Outreach KWSP berada di PEDi Taman Hijau bagi membantu komuniti Tanjong Malam menyelesaikan urusan KWSP mereka. 

Aktiviti 

  • Perkhidmatan kaunter bergerak KWSP ini dapat membantu komuniti Tanjung Malim untuk berurusan berkenaan dengan program - program yang diadakan seperti pembukaan i-Akaun, pendaftaran i-Suri, i-Saraan, i-Sayang, i-Lindung dan sebagainya.
  • PEDi Taman Hijau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KWSP Cawangan Teluk Intan dan juga tidak lupa kepada seluruh warga Tanjung Malim yang hadir berurusan dengan KWSP

 GAMBAR DISINI_

Tarikh : 06 Mei 2023
Masa : 10.00 pagi - 11.30 tengahari
Lokasi : Perkarangan PEDi Taman Hijau
Peserta : 1
Tujuan 


Pelajar ini membuat latihan menaip di microsoft words bagi mengukuhkan kemahiran menaip dan mengenal keyboard.  

Aktiviti 
  • Pelajar akan diberikan 1 artikel berkaitan PEDi yang mengandungi maklumat berkaitan PEDi dan pelajar di minta untuk menaip semula artikel tersebut.
  • Tujuan latihan berkenaan adalah bagi memahirkan pelajar tersebut dengan kemahiran menaip dan mengenal ikon di setiap kekunci di keyboard.
  • Artikel tersebut juga mengandungi gambar di mana pelajar dapat mempelajari cara untuk memasukkan gambar beserta penerangan dalam Microsoft Words.

 GAMBAR DISINI_

Tarikh : 14 April 2023
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Perkarangan PEDi Taman Hijau
Peserta : 8
Tujuan 

Kelas pengukuhan ICT, kemahiran membuat kad raya digital dan animasi dengan aplikasi CANVA, bertemakan ucapan hari raya

Aktiviti 
  • Membuka aplikasi CANVA dan meminta pelajar untuk membuat satu kad animasi berformat gif. dengan bertemakan hari raya yang bakal tiba.
  • Berkongsi pendapat dan pandangan dengan palajar mengenai cara membuat suntingan gambar yang cantik, menarik dan efektif.
  • Memupuk bakat seni kreatif pelajar dengan menerangkan beberapa ciri utama dalam menghasilkan kad ucapan yang menarik seterusnya dapat membantu pelajar untuk lebih mahir membuat pelabagai jenis poster atau seni reka yang menarik.

 GAMBAR DISINI_

Tarikh : 15 April 2023
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Perkarangan PEDi Taman Hijau
Peserta : 5
Tujuan 

Memberikan soalan kuiz dalam talian berkaitan dengan KDB bertajuk Penyantunan Dalam Talian keapda pelajar sekolah rendah.

Aktiviti 
  • Petugas membuat penerangan mengenai Penyantunan Dalam Talian dan saling bersoal jawab dengan pelajar bagi mengetahui tahap pengetahuan mereka mengenai Penyantunan Dalam Talian.
  • Setelah membuat penerangan, pelajar akan menjawab kuiz dalam talian bagi menguji tahap kefahaman mereka

 GAMBAR DISINI_

Tarikh : 09 April 2023
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Perkarangan PEDi Taman Hijau
Peserta : 5
Tujuan 

Pelajar sekolah belajar menaip petikan karangan untuk menguji tahap kecekapan dalam kemahiran menaip. 

Aktiviti 
  • Memberikan petikan artikel karangan mengenai PEDi dan meminta pelajar untuk menaip semula petikan tersebut dengan menggunakan Microsoft Words.
  • Menerangkan kepada ahli fungsi utama yang terdapat dalam Microsoft Words dan meminta pelajara untuk mencuba menggunakan fungsi tersebut contohnya seperti "Insert Image", "Font", "Paragraph", "Tables".
  • Latihan ini dapat menguji tahap kecekapan pelajar dalam menaip dan meudahkan pelbagai kerja menaip.

 GAMBAR DISINI_