Tarikh : 11 Februari 2023
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Bilik latihan PEDi Taman Hijau
Peserta : 8
Tujuan 

Program asasnya adalah berteraskan pemahaman ahli mengenai Klik Dengan Bijak. Selain itu, petugas juga telah menjadikan pemahaman mereka tersebut dengan meminta ahli membuat poster yang bertemakan Klik Dengan Bijak.

Aktiviti 
  • Program dimulakan dengan petugas meminta pelajar untuk menonton video berkaitan dengan Klik Dengan Bijak (KDB) dan kemudian meminta pelajar untuk memberikan pendapat dan pemahaman mereka mengenai Buli Siber, Semak Sebelum Sebar, Tak Pasti Jangan Kongsi dan Maklumat Palsu.
  • Meminta pelajar untuk mencipta Poster KDB dengan menggunakan aplikasi CANVA dan meminta mereka menyampaikan kembali pemahaman mereka mengenai KDB.
  • Memastikan setiap pelajar juga mahir menggunakan aplikasi CANVA dan pengetahuan ini dapat membantu pelajar untuk mempelbagaikan kemahiran mereka dalam ICT.  

GAMBAR DISINI