Muzium Pendidikan Nasional

 

Bangunan Suluh Budiman mula dibina pada Ogos 1919 dan telah siap sepenuhnya pada Jun 1922. Pelan bangunan ini telah dilakar oleh seorang arkitek terkenal dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bernama Kesteven.

Bangunan Suluh Budiman ini telah digazetkan di bawah akta Warisan Kebangsaan 2005 sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan pada 14 Februari 2009. Pada 24 Ogos 2009 kerja-kerja konservasi bangunan, pengisian ruang pameran dan pengisian infrastruktur yang menepati kehendak permuziuman telah dilaksanakan.  Muzium ini telah siap sepenuhnya pada bulan Mac 2011 dan upacara perasmian telah diadakan pada 19 Julai 2011 yang dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun.  

  • Terdiri daripada 21 Galeri kekal, Rumah Za’ba , Galeri Seni dan Pusat Konservasi Warisan.
  • Reka bentuk bangunan kolonial yang cantik.
  • Memelihara dan mempamerkan warisan pendidikan kebangsaan.
  • Banyak aktiviti yang menyeronokkan dan program yang menarik di Muzium Pendidikan Nasional.

muzium pendidikan nasional upsi 2 muzium pendidikan nasional upsi 4muzium pendidikan nasional upsi 5 

muzium pendidikan nasional upsi 6

 

Sumber : UPSI | Muzium Pendidikan Nasional – UNIVERSITI NO.1 PENDIDIKAN | NO.1 EDUCATION UNIVERSITY