Tarikh : 07 Disember 2023
Masa : 9.30 pg - 12.30 tgh
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 8 orang
Tujuan 
Kelas pengendalian makanan yang wajib di sertai oleh peniaga atau pembuat makanan.
Aktiviti 
  • Seramai 8 orang peserta telah menyertai Kelas Latihan Pengendalian Makanan yang di jalankan secara dalam talian, di mana 2 orang peserta menjalani kelas tersebut di PEDi.
  • Kelas latihan ini berjaya di adakan pada hampir setiap bulan kerana adanya permintaan yang tinggi dari komuniti setempat.
  • Para peserta boleh memilih untuk 'online' sendiri atau di PEDi dan semestinya kami akan menggalakkan peserta menjalankan kelas tersebut di PEDi di mana suasana lebih selesa, dan pihak petugas PEDi juga sentiasa bersedia membantu peserta jika terdapat sebarang persoalan atau permasalahan

_GAMBAR DISINI_

Tarikh : 07 November 2023
Masa : 9.00 pagi - 5.00 ptg
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 23 orang
Tujuan 
Program Keusahawanan yang di anjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak, Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat (Wanita Perak).
Aktiviti 
  • Program secara percuma ini diadakan khas kepada peniaga dan usahwan wanita yang ingin mendalami lebih banyak ilmu berkaitan dengan pemasaran digital.
  • Terdapat 4 modul utama yang dijalankan iaitu seperti Business Modul Canvas (BMC), Penjenamaan dan Pembungkusan, Media Sosial dan Content Marketing serta Trademark Branding.
  • Setiap peserta akan diajar secara 'hands-on' iaitu secara terus menerusi telefon pintar masing-masing supaya setiap peserta mudah untuk memahami setiap modul yang di ajarkan.

_GAMBAR DISINI_

Tarikh : 07 Oktober 2023
Masa : 10.30 pagi - 12.00 tenghari
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 10 orang
Tujuan 
Kelas kemahiran melukis menggunakan aplikasi dalaman yang paling asas, iaitu Paint.
Aktiviti 

  • Pelajar akan melukis atau mencipta suatu karakter kartun atau animasi dengan menggunakan Paint dan kemudian akan di animasikan lukisan karakter tersebut dengan meng upload di laman web Animated Drawing.
  • Aktiviti ini menggalakkan pelajar untuk lebih kreatif dan membuat animasi yang mudah.
  • Selain itu dapat melatih pelajar untuk lebih mahir menggunakan mouse ketika melukis di aplikasi paint

_GAMBAR DISINI_

Tarikh : 13 Oktober 2023
Masa : 3.00 ptg - 5.00 ptg
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 10 orang
Tujuan 
Kelas Basic IoT dan juga kelas KDB, Check Your Label
Aktiviti 
  • Menerangkan kepada pelajar mengenai Check Your Label iaitu kepentingan untuk memeriksa setiap barangan elektrik yang digunakan, terutamanya telefon pintar dan juga aksesori yang menggunakan elektrik.
  • Memberi penerangan kepada pelajar cara untuk semak label atau logo Sirim/ MCMC pada peranti mereka dan juga bersoal jawab dengan pelajar, keburukan menggunakan peranti yang tidak sah. 
  • Bermain kuiz "Spinning Wheel" dan bertanyakan soalan berkaitan dengan Check Your Label bagi memastikan pelajar memahami apa otu Check Your Label dan mengenal pasti barangan yang perlu mempunyai logo Sirim / MCMC

_GAMBAR DISINI_

Tarikh : 23 September 2023
Masa : 3.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 6 orang
Tujuan 
Aktiviti projek STEM 'Mini Water Dispenser' ini membantu para pelajar untuk memahami fungsi tekanan udara yang tersimpan di dalam botol selepas air diisi dan membuktikan air keluar selepas tekanan udara dilepaskan dengan membuka penutup botol. 
Aktiviti 
  • Setiap pelajar akan diberikan cawan kertas, plastik botol kecil dan juga straw. Aktiviti STEM yang akan diuji pada aktiviti kali ini adalah untuk membuat Mini Water Dispenser.
  • Cawan kertas dan botol plastik tersebut akan ditebuk supaya muat untuk masukkan straw. Setelah itu para pelajar juga juga kan menghias cawan kertas mereka sebelum ujikaji bermula.
  • Air kosong akan dimasukkan ke dalam botol plastik kecil yang berada dalam cawan kertas tersebut, dan botol ditutup dengan penutup. Para pelajar akan melihat air akan keluar melalui straw sekiranya penutup botol dibuka dan air akan berhenti mengalir sekiranya penutup botol ditutup.
  • Aktiviti ini menggunakan konsep tekanan air dan udara di dalam botol plastik tersebut.

_GAMBAR DISINI_