Klinik Kesihatan Tanjong Malim ini teletak di Jalan Ketoyong, bersebelahan dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Klinik ini menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar bagi kesemua jenis rawatan yang memerlukan pemeriksaan doktor atau pegawai kesihatan. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan kesihatan ibu mengandung dan kanak-kanak yang meliputi jagaan pra-natal dan selepas bersalin, imunisasi bagi kanak-kanak dan pemantauan perkembangan kanak-kanak, klinik perancang keluarga. Terdapat juga Klinik Warga Sihat yang meliputi saringan untuk mengesan risiko-risiko penyakit seperti hyperlipidaemia dan pengukuran berat badan; saringan untuk mengesan penyakit kronik seperti diabetis dan darah tinggi; serta kaunseling makanan dan kaunseling untuk berhenti merokok.

Perkhidmatan Pergigian juga boleh dilakukan di bahagian Klinik Pergigian, Klinik Kesihatan Tanjong Malim ini.

KK TGM 2 KK TGM 3

KK TGM 4 KK TGM