Stesen Keretapi Berkembar Tanjong Malim

 

Bagi perjalanan KTM komuter, perkhidmatan setiap sejam sekali disediakan dari Tanjong Malim ke Rawang. Dari Rawang, penumpang bolehlah meneruskan perjalanan mereka dengan menaiki tren komuter lain. KTMB juga menyediakan tren SHUTTLE. KTMB juga telah melancarkan tren ETS baru-baru ini yang beroperasi antara Sentral KL dan Ipoh. Tren ETS bergerak lebih laju dan tiba ke destinasi perjalanan dalam masa yang singkat. Harga yang ditawarkan oleh KTMB agak berpatutan dan potongan harga turut diberikan kepada warga emas serta pelajar.

Alamat : Stesen Keretapi Tanjong Malim, Jalan Stesyen, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia.

No. Telefon : 05-450 1203

Laluan : KTM Intercity, ETS, KTM Komuter

tg malim 1

train 0-500x249 1

 

 

Stesen Bas Tanjong Malim

Stesen Bas Tanjong Malim ini terletak di tengah-tengah pekan Tanjong Malim. Selain syarikat bas Starcouch, terdapat juga beberapa buah syarikat bas lain yang menawarkan perkhidmatan bas di stesen ini. Selain itu, disini juga terdapat Jabatan Pendaftaran Negara yang berada di tingkat atas stesen. Stesen ini juga mempunyai surau, tandas dan beberapa buah kedai untuk keselesaan pengguna.Selain daripada stesen bas terdapat juga terminal teksi.

maxresdefault 2018-02-13

train2 0-400x288 92 big

 

 

Sumber : Laman Web Rasmi Majlis Daerah Tanjong Malim