Tarikh : 18 November 2022
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 2
Tujuan 

Kelas pengukuhan Microsoft Words kepada pelajar sekolah menengah yang ingin mempelajari cara untuk membuat jadual dan juga pelbagai kegunaan lain Microsoft Words.
   
Aktiviti 
  • Latihan membuat jadual harian pelajar.
  • mempelajari cara untuk memasukkan gambar ke dalam Words.
  • Mempelajari tips untuk copy paste dan juga cut and paste
  • latihan membuat surat rasmi dan juga tidak rasmi.

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 09 November 2022 - 10 November 2022
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Tg. Malim
Peserta : -

 

Tujuan 

Sambutan Hari Warga Emas diadakan bertujuan untuk menggalakkan warga emas mengikuti aktiviti yang berkaitan dengan pemulihan dan kesejahteraan warga emas yang difokuskan kepada wargaTanjung Malim. Di samping itu, PEDi dan beberapa agensi lain dijemput untuk membuka pameran agensi.
   
Aktiviti 
  • Program berlangsung selama 2 hari.
  • Dijalankan oleh pihak pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) seramai 50 orang.
  • Melibatkan warga emas ahli PAWE Tg. Malim.
  • Program ini dijalankan bersempena dengan Hari Warga Emas.
  • Pelbagai program, aktiviti dan juga taklimat kesihatan khusus kepada warga emas.
  • Pelbagai agensi lain juga turut serta membuka booth dan memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang mereka tawarkan.
  • PEDi berpeluang memperkenalkan perkhidmatan PEDi kepada warga emas dan juga menerangkan mengenai kepentingan Klik Dengan Bijak kepada pelajar UPSi yang menjadi sukarelawan pada program tersebut.l

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 03 Oktober 2022
Masa : 3.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 4 orang
Tujuan 
Kelas merekacipta poster ucapan bertemakan Maulidur Rasul dengan menggunakan aplikasi dalam talian, CANVA. Kelas yang diadakan ini dapat mengasah bakat ahli untuk menghasilkan poster yang menarik melalui kreativiti mereka.
   
Aktiviti 
  • Membuka aplikasi CANVA untuk memulakan reka poster.
  • menerangkan beberapa fungsi utama dan asas untuk mereka poster pada aplikasi tersebut.
  • meminta ahli memberi pandangan mereka sendiri untuk menghasilkan poster
  • membantu ahli dalam memberi idea, pandangan dan tips untuk menghasilkan poster yang menarik.

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 06 November 2022
Masa : 3.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 11 orang

 

Tujuan 
Advokasi kepada ahli baru dan lama bagi memberi peringatan kepada mereka supaya mengenali segala taktik Scammer dalam meenjerat mangsa di alam maya.   
   
Aktiviti 
  • Menyampaikan advokasi kepada ahli baru PEDi dan juga ahli lama yang mengunjungi PEDi pada hari ini.
  • Menerangkan kepada ahli mengenai contoh dan taktik yang sering digunakan oleh scammer untuk menjerat mangsa.
  • Berkongsi pandangan dan idea mengenai cara untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa.
  • menggalakkan ahli untuk sentiasa menyebarkan kesedaran ini kepada ahli keluarga dan rakan sekeliling supaya dapat menghentikan jenayah siber ini.
Tarikh : 02 Oktober 2022
Masa : 3.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 4 orang
Tujuan 
Pengenalan Microsoft Words kepada ahli cilik PEDi yang masih Prasekolah. Pendedahan dan juga asas yang diperkenalkan kepada mereka adalah bagi memupuk kemahiran menggunakan komputer kepada kanak-kanak. 
   
Aktiviti 
  • Memperkenalkan aksesori dan komponen komputer yang utama kepada mereka seperti 'keyboard', 'mouse', 'desktop' dan kegunaan asas komponen tersebut.
  • melatih para ahli untuk membiasakan diri dengan mengajar mereka fungsi setiap 'key' pada 'keyboard'
  • Meminta para ahli untuk menaip dan melatih mereka dengan menaip pelbagai ayat mudah.

 

GAMBAR DISINI