Tarikh : 11 Ogos 2023
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Bilik latihan  PEDi Taman Hijau
Peserta : 10 orang
Tujuan 
Pelajar sekolah menghasilkan poster landskap menggunakan PowerPoint di samping menggalakkan pelajar mengetahui mercun tanda Malaysia sempena kemerdekaan.   
Aktiviti 
  • Selain daripada aplikasi Canva, pelajar juga diperkenalkan untuk membuat poster landskap dengan menggunakan aplikasi Microsoft PowerPoint juga.
  • Dengan menggunakan tema mercu tanda Malaysia merdeka, para pelajar diminta untuk memilih mercu tanda Malaysia dan menggunakan kreativiti mereka untuk merekacipta poster berkenaan.
  • Kemahiran ini juga dapat mengasah kemahiran pelajar menggunakan PowerPoint kerana Microsoft PowerPoint juga antara kemahiran yang penting untuk dikuasai dan digunakan nanti.

_GAMBAR DISINI_

Tarikh : 05 Ogos 2023
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Bilik latihan  PEDi Taman Hijau
Peserta : 9 orang
Tujuan 
Melatih pelajar untuk melukis dengan menggunakan aplikasi Paint di komputer dan menggunakan aplikasi dalam talian Animated Drawings untuk menjadikan lukisan tersebut bergerak dan ber animasi. 
Aktiviti 
  • Memperkenalkan aplikasi Paint dan menerangkan beberapa perkara asas kegunaan Paint.
  • Meminta pelajar mencuba untuk membuat lukisan dan menggunakan segala kemudahan yang ada dalam aplikasi Paint tersebut.
  • Meminta pelajar untuk melukis karakter kartun untuk di jadikan sebagai animasi yang bergerak.
  • Setelah selesai melukis, pelajar akan diminta untuk membuka aplikasi Animated Drawing di laman web. Pelajar akan meng'upload' gambar lukisan mereka dari Paint.
  • Aplikasi Animated Drawing merupakan aplikasi dimana ianya akan membuat gambar lukisan menjadi animasi yang bergerak dan membuat pelbagai gaya.

_GAMBAR DISINI_

Tarikh : 15 Julai 2023
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Perkarangan PEDi Taman Hijau
Peserta : 15 orang
Tujuan 
Pelajar sekolah membuat mini tower menggunakan straw untuk menggalakkan minat mereka dalam pendidikan Sains & Teknologi. Melalui aktiviti ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran logik sains dimana straw yang ringan dapat menampung objek yang lebih berat dengan membina menara yang kukuh.
Aktiviti 
  • Seramai 15 pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan. Petugas menayangkan bideo tutorial kepada pelajar. Tugasan pertama bagi setiap kumpulan adalah untuk membuat lakaran menara atau mini tower yang ingin mereka dirikan.
  • Setiap kumpulan diberikan straw dan pita pelekat dan mereka mula membina tower mengikut lakaran mereka.
  • Para petugas membantu pelajar untuk memastikan menara yang mereka dirikan berada dalam keadaan kukuh.
  • Setelah siap menara tersebut, Petugas akan meletak objek pemberat untuk menguji tahap kestabilan menara tersebut.
  • Para pelajar dapat mengaplikasikan segala ilmu sains, matematik, teknologi dan kejuruteraan dalam pembinaan menara straw ini.

_GAMBAR DISINI_

Tarikh : 22 Julai 2023
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Perkarangan PEDi Taman Hijau
Peserta : 13 orang
Tujuan 
Aktiviti Hands-on berlandaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik secara DIY ini dapat menjana minda kanak - kanak untuk berminat dalam bidang kemahiran di peringkat awal dengan menghasilkan sendiri projek Piramid Slingshot & Paper Helicopter.
Aktiviti 
  • Pelajar di minta untuk menonton tutorial di TV, cara untuk membina piramid slingshot mereka sendiri.
  • Setiap pelajar akan diberikan 9 batang lid, 3 gelang getah,1 penutup botol dan pita pelekat.
  • Pelajar diminta untuk membuat slingshot mengikut seperti tutorial yang di pertontonkan kepada mereka sebelum melakukan aktiviti ini.
  • Setelah siap, setiap pelajar di minta untuk membuat slingshot dengan piramid buatan sendiri untuk menguji tahap keberkesanannya.
  • Aktiviti kedua, setiap pelajar diberikan straw dan potongan kertas di mana ianya akan menghasilkan helicopter paper yang mudah dan menyeronokkan.

_GAMBAR DISINI_

Tarikh : 08 Julai 2023
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Perkarangan PEDi Taman Hijau
Peserta : 10 orang
Tujuan 
Latihan pengukuhan kemahiran ICT dalam menggunakan elemen Shapes untuk membuat lukisan rumah dalam dimensi 2D setiap pelajar sekolah rendah dan menengah  
Aktiviti 
  • Kelas pengukuhan kemahiran Microsoft Words. Pelajar di minta untuk membentuk lukisan rumah sebagai contoh dengan menggunakan element shapes dalam Microsoft Words. 
  • Menerangkan kepada pelajar mengenai fungsi lain Microsoft Words selain dari menaip surat atau karangan supaya pelajar tidak hanya menggunakan Microsoft Words untuk kerja-kerja menaip sahaja.
  • Setelah siap lakaran lukisan yang mereka hasilkan tersebut, pelajar diajar untuk mewarnakan lukisan tersebut.
  • Melalui aktiviti ini, dapat melatih pelajar untuk menjadi lebih kreatif, berdaya saing dan mengolah imaginasi mereka dalam menghasilkan lukisan 2D yang menarik.

_GAMBAR DISINI_