Nama : Muhammad Zafran Amsyar Bin Zamhelmi
Umur       : 8 tahun
Ahli : 2023

 

Latar belakang

 

Muhammad Zafran Amsyar merupakan pelajar Tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim, Perak.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pada awalnya, adik Amsyar tiada pengetahuan mengenai penggunaan komputer dan internet kerana tiada kemudahan di rumah dan pelajar tahun 2 juga belum mempelajari subjek ICT di sekolah. Walaubagaimanapun, adik Amsyar mempunyai minat untuk belajar menaip dan melukis di komputer di NADI Taman Hijau, Tanjong Malim. Adik Amsyar mendaftarkan diri menjadi ahli NADI yang sah pada hujung tahun 2023.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Terdapat banyak manfaat yang diterima oleh adik Zafran Amsyar selepas menjadi ahli NADI dan sentiasa mengikuti aktiviti yang dianjurkan di NADI Taman Hijau. Antaranya yang boleh dilihat seperti adik Amsyar sudah mahir melayari internet untuk mencari gambar – gambar dan dimuatturun untuk dicetak, melukis gambar menggunakan Microsoft Paint dan membuat poster dan kad di Canva. Selain itu juga adik Amsyar memahami bahawa pastikan kesahihan maklumat sebelum dikongsi atau disebarkan di mana – mana platform media sosial.

 

Apa yang dipelajari melalui PEDi

  • Microsoft Word
  • Microsoft PowerPoint
  • Microsoft Paint
  • Canva
  • Google

 

 

 

 

Nama : Ahmad Thaqif bin Mohamad Khuzairy
Umur       : 8 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Ahmad Thaqif adalah pelajar tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam, Selangor.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Thaqif mempunyai pengetahuan asas ICT di sekolahnya tetapi tidak mahir menggunakan komputer untuk aktiviti menaip, suntingan dan membuat pencarian di internet. Selain itu, adik Thaqif juga tidak berpeluang untuk belajar lebih mendalam tentang komputer dan internet kerana kekurangan fasiliti komputer di rumahnya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Namun, selepas menjadi ahli PEDi Taman Hijau, adik Thaqif mengikuti pelbagai kelas ICT dan komputer yang dianjurkan oleh PEDi. Kini, adik Thaqif dapat menambahkan ilmu untuk membuat surat, karangan, poster dan menggunakan internet dalam menyiapkan kerja sekolah.

 

Apa yang dipelajari melalui PEDi

  • Microsoft Word
  • Microsoft PowerPoint
  • Canva
  • Google

 

 

 

 

 

 

 

 

 

USAHAWAN MAKANAN (KAFE KAK JUE)

Nama : Aspa Zuraini Binti Hassan
Umur : 45 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Puan Aspa Zuraini merupakan seorang pengusaha Kafe Kak Jue, sarapan pagi di Tanjung Malim. Kafe beliau bertapak di Medan Selera Tanjung Malim.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Aspa Zuraini kurang mendapat pendedahan program – program yang boleh meningkat pengetahuannya dalam perniagaan atas talian dan juga kurang mendapat maklumat berkenaan dengan penawaran bantuan atau inisiatif kerajaan khas untuk golongan usahawan. Beliau juga tidak tahu bahawa PEDi boleh membantu dalam memudahkan kerja – kerja dokumen perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mendapat bimbingan dari PEDi dengan mengikuti beberapa kelas keusahawanan yang dianjurkan dan semakin bijak menggunakan internet untuk mencari maklumat dan peluang bantuan perniagaan yang ditawarkan oleh pelbagai agensi kerajaan. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan di PEDi seperti membuat poster, pencetakan dan banyak lagi.

Apa yang dipelajari melalui PEDi

  • Microsoft Office
  • Whatsapp Business
  • Facebook Pages
  • E-Kerajaan

 

Kafe Kak Jue

USAHAWAN PRODUK GUBAHAN BUNGA (FAHANA ORKID)

Nama : Siti Nur Fahana Bt Ali Roslan
Umur : 33 tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Puan Siti Nur Fahana merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan suka menggubah bunga. Kini, hobi menggubah bunga tersebut akhirnya menjadi peluang perniagaan dan sumber kewangan sampingan kepada Puan Siti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Siti Nur Fahana merupakan seorang pembeli di platform Shopee dimana Puan Siti sering membeli pelbagai bahan untuk membuat gubahan bunga orkid di Shopee. Namun, pengetahuan Puan Siti hanya terhad untk membuat

pembelian sahaja dan menjual hasil gubahan bunga orkid di platform Facebook sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Siti telah hadir ke PEDi untuk bertanya mengenai cara untuk membuat akaun Shopee Seller kerana ingin mencuba berniaga di Platform Shopee. Petugas PEDi telah memberikan tunjuk ajar secara terperinci kepada Puan Siti mengenai cara untuk menjual dan tindakan yang harus dilakukan setelah mendapat pesanan di Shopee. Kini, pendapatan Puan Siti telah meningkat kerana Puan Siti berjaya untuk buat pemasaran di pelbagai Platform digital dan aktif hadir ke PEDi untuk meminta pandangan dan tunjuk ajar yang sewajarnya.

Apa yang dipelajari melalui PEDi

  • Shopee
  • Whatsapp Business
  • Facebook Pages
  • Canva

 

06 01-Keusahawanan buka akun shopee seller 2      14 02 23 upload gambar di shopee 2

Puan Siti Nur Fahana membuka akaun Shopee Seller di PEDi

 

 

photo1690533364

Gubahan bunga orkid dari Puan Siti Nur Fahana

 

Nama : Umi Khaliqah Binti Ramli
Umur : 18 tahun
Ahli : Oktober 2022

 

Latar belakang

Adik Umi Khaliqah merupakan seorang pelajar sekolah menengah Tingkatan 2 di SMK Horley Methodist Tanjung Malim, Perak. 

Tahap pengetahuan komputer & ICT beliau hanya asas dan kurang mahir menggunakan Microsoft Office dan aplikasi grafik dan Mobile Apps. Beliau ingin menambahkan ilmu tentang kemahiran komputer dan pengetahuan ICT.

   
Penglibatan di PEDi 
  • Selepas mengikuti kelas latihan ICT yang dibimbing oleh PEDi Taman Hijau, terdapat peningkatan beliau dalam pengetahuan ICT terutama pembelajaran secara e-pembelajaran seperti Microsoft Office, Google dan pelbagai aplikasi atas talian seperti Whatsapp Web dan Canva.

  • Apa yang dipelajari melalui PEDi

    -       Windows 11

    -       Microsoft Office

    -       Canva

    -       Whatsapp Web

     Umi khaliqah 1    Umi khaliqah 2    Umi khaliqah 3

       Adik Umi Khaliqah ketika sesi pembelajaran di PEDi Taman Hijau

 

Pihak Pengurusan PEDi Taman Hijau telah membimbing beliau dalam meningkatkan pengetahuan ICT dan kemahiran penggunaan komputer terutamanya Microsoft Office dan aplikasi atas talian yang banyak memudahkan urusan beliau menyiapkan tugasan sekolah dan kerja kursus.