Tarikh : 20 Januari 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahri
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 9 orang
Tujuan 
PEDi Taman Hijau dengan kerjasama Mechabotics Technology Tanjung Malim telah mengadakan kelas Pengaturcaraan kepada kanak - kanak dan pelajar sekolah sebanyak 9 orang peserta.
Aktiviti 
  • Kelas Pengatucaraan ini lebih fokus kepada membuat Coding menggunakan blok di aplikasi sebagai asas dalam proses belajar teknik mengajar robot untuk melaksanakan turutan pergerakan/kerja.
  • Kesimpulannya, pihak PEDi Taman Hijau mengucapkan terima kasih kepada peserta dan ibubapa di atas sokongan yang diberikan dalam usaha untuk menarik minat kanak - kanak dan pelajar sekolah menceburi bidang STEM dan Robotik.

_GAMBAR DISINI_

Tarikh : 07 Januari 2024 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahri
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 9 orang
Tujuan 
Kelas RBT pada minggu ini adalah cara untuk membuat penyambungan mentol lampu dengan bateri yang bersesuaian nilai volt nya supaya mentol lampu tersebut dapat menyala dengan baik dan tidak terbakar.
Aktiviti 

 

  • Kelas ini menggunakan aplikasi Edison secara dalam talian.
  • Pelajar membuka aplikasi Edison dan membuat penyambungan mentol lampu dengan bateri.
  • Dengan bimbingan Cikgu Samad, pelajar akan mencuba membuat penyambungan dengan pelbagai jenis volt bagi menentukan jenis volt yang bersesuaian dengan mentol lampu tersebut.

_GAMBAR DISINI_

 

 

 

 

 

Tarikh : 16 Disember 2023
Masa : 09.00 pagi - 12.00 ptg
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 9 orang
Tujuan 
Memperkenalkan asas kepada sistem robotik kepada pelajar di mana pelajar mempelajari cara untuk mengawal robot dan pengiraan programming bagi membolehkan robot tersebut bergerak mengikut aturcara yang pelajar tetapkan.
Aktiviti 
  • PEDi Taman Hijau dengan kerjasama Mechabotics Technology dan Continuum Mechatech Solutions telah mengadakan kelas Pengenalan Asas Robotics kepada pelajar sekolah yang berminat.
  • Antara pengisian kelas ini yang dapat dikongsikan:-
  • 1) Taklimat pengenalan asas robotik
  • 2) Aktiviti pemasangan robot
  • 3) Belajar mengawal robot menggunakan telefon pintar
  • 4) Belajar pengaturcaraan robot (programming)
  • 5) Sesi permainan Soccer Robot & Path Finder
  • Kesimpulannya para pelajar dan ibubapa amat berpuas hati dengan kelas asas Robotik kerana pelajar dapat menambahkan ilmu robotik malah memberi suatu pengalaman yang bermanfaat.

_GAMBAR DISINI_

Tarikh : 29 Disember 2023
Masa : 03.00 ptg - 05.00 ptg
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 20 orang
Tujuan 
Kelas keusahawanan untuk wanita khususnya. Pembuatan sos secara homemade supaya dapat memberikan idea kepada wanita ini untuk membuat jualan dengan sos.
Aktiviti 
  • Terdapat 5 jenis sos yang dipelajari melalui kelas ini.
  • Antara jenis sos yang di pelajari adalah sos pizza, sos thousand island, sos bawang putih, mayonis dan juga cara untuk membuat sapuan pizza.
  • Kelas ini bukan sahaja memberikan idea kepada wanita untuk menjadi usahawan, malah dapat membantu wanita berjimat dalam membeli sos.
  • selain itu, tenaga pengajar ini juga turut memberikan kesempatan kepada setiap peserta untuk membuat sendiri sos dan pizza dengan menggunakan resepi yang telah di ajarkan.
  • Diharapkan dengan adanya kelas ini dapat memberikan idea kepada wanita untuk membuat sos secara sendiri dan juga menjadi usahawan untuk menjual barangan secara homemade. 

_GAMBAR DISINI_

Tarikh : 10 Disember 2023
Masa : 10.00 pagi - 12.00 ptg
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 5 orang
Tujuan 
Kelas IoT reka bentuk teknologi pemasangan lampu mentol hingga mentol boleh dihidupkan menggunakan perisian Edison 5.  
Aktiviti 
  • PEDi Taman Hijau dengan kerjasama Cikgu Samad menjalankan kelas Reka Bentuk Teknologi ' Mentol Lampu' secara alam maya namun pelajar merasai pengalaman dalam pemasangan lampu menggunakan sistem Edison 5.
  • Sesi pembelajaran di mana pelajar sekolah perlu membuat pemasangan bateri, wayar dan mentol. Kemudian selesai pemasangan sehingga lampu mentol menyala.
  • Pelajar sekolah sangat seronok dapat belajar menghidupkan mentol lampu dan kelas ini juga berjaya menarik minat mereka untuk mempelajari lagi ilmu IoT dan RBT.

_GAMBAR DISINI_