Tarikh : 04 Mei 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 6 orang
Tujuan 
Pelajar sekolah membuat poster 'Hentikan Penyebaran Maklumat Palsu' di samping mempelajari kesan buruk menjadi mangsa buli siber.
Aktiviti 
  • Pelajar akan di dedahkan dengan pengenalan kepada maksud, kesan dan akibat daripada penyebaran maklumat palsu. Setelah itu, pelajar akan di minta untuk menyatakan point utama, akibat daripada penyebaran maklumat palsu.
  • Dengan tajuk yang diberikan, pelajar akan membuat poster kesedaran akibat daripada penyebaran maklumat palsu.
  • Dengan adanya aktiviti sebegini, pelajar dapat meningkatkan tahap pemahaman mereka mengenai kesan daripada menyebarka maklumat palsu serta tahap kreativiti mereka dalam menghasilkan poster yang baik, mudah dibaca dan bermanfaat kepada pembaca.

_GAMBAR DISINI_

Tarikh : 06 April 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 6 orang
Tujuan 
Pelajar sekolah belajar membuat sendiri sampul raya menggunakan kertas dan suntingan sampul di Canva.   
Aktiviti 
  • Dengan menggunakan aplikasi Canva juga, pelajar akan membuat rekaan untuk sampul duiut raya.
  • Pelajar akan mempelajari membuat suntingan bentuk sampul sebelum pelajar menggunting dan gamkan kertas tersebut untuk dijadikan sampul raya.
  • Selepas membuat rekaan, pelajar akan mewarnakan, menggunting dan melekatkan kertas tersebut untuk dijadikan sebagai sampul raya.

_GAMBAR DISINI_

Tarikh : 02 Mac 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 8 orang
Tujuan 
Pelajar sekolah membuat lukisan rumah kartun menggunakan Microsoft Paint dan menjadikan animasi di platform Animated Drawing.  
Aktiviti 
  • Pelajar akan menggunakan aplikasi Paint untuk membuat lukisan berdasarkan gambar yang dicari di Google.
  • Tujuan pembelajaran ini adalah untuk memberikan kemahiran melukis di dalam komputer selain kemahiran menaip. 
  • Setiap pelajar perlu mempunyai kemahiran asas ini supaya dapat melahirkan golongan belia yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi, animasi dan sebagainya.

_GAMBAR DISINI_

Tarikh : 06 April 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 6 orang
Tujuan 
Bersempena dengan hari raya aidilfitri yang bakal tiba, pelajar mempelajari cara mencipta kad raya mengikut kreativiti sendiri.  
Aktiviti 
  • Dengan menggunakan aplikasi Canva, pelajar akan mencipta kad raya dengan menggunakan element yang berkaitan dengan dekorasi hari raya.
  • Menerangkan kepada pelajar, element yang penting dalam menghasilkan kad raya yang baik dan cantik.
  • Pelajar dapat mempelajari cara untuk memasukkan gambar dari Google dan juga meletakkan teks pada tempat yang sesuai dalam rekaan kad ucapan tersebut.

_GAMBAR DISINI_

Tarikh : 24 Januari 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 10 orang
Tujuan 
Memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk belajar membuat bouquet coklat yang boleh dijadikan idea menjana pendapatan dari peringkat awal lagi.  
Aktiviti 
  • Setiap pelajar akan diberikan coklat dan juga kertas pembalut untuk menghasilkan mini chocolate mereka sendiri.
  • Melalui kelas ini, dapat memupuk minat para pelajar untuk menghasilkan mini chocolate bouquet dan seterusnya menggalakkan mereka untuk membuat jualan dengan hasil tangan mereka sendiri.
  • Para pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran seni kraftangan mereka melalui pembelajaran kelas ini.

_GAMBAR DISINI_