Tarikh : 21 Januari 2024 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 9 orang
Tujuan 
Pelajar sekolah belajar membuat biodata diri seperti resume untuk memberikan pendedahan awal membuat resume serta mempelajari cara yang betul untuk menulis biodata diri.
Aktiviti 
  • Setiap pelajar diminta untuk membuat slide mengenai biodata diri dengan menggunakan menggunakan Microsoft Words.
  • Sebelum itu, setiap pelajar telah diberi penerangan mengenai cara untuk menulis biodata, butiran peribadi yang perlu dan tidak perlu untuk di letakkan di dalam biodata tersebut.
  • Pembelajaran ini adalah bagi pendedahan awal kepada pelajar cara untuk membuat resume di masa akan datang.

_GAMBAR DISINI_

Tarikh : 16 Januari 2024 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 8 orang
Tujuan 
Pelajar sekolah membuat projek STEM 'Lompatan Katak Kertas' untuk mengajar konsep logik lompatan katak dan pendaratan katak yang baik. 
Aktiviti 
  • Setiap pelajar akan diberikan kertas untuk membuat lipatan berbentuk katak, dengan berpandukan video tutorial yang ditayangkan.
  • Memastikan setiap pelajar dapat mengikuti tutorial berkenaan bagi memberi kefahaman mereka mengenai cara lipatan yang betul bagi mendapatkan kesan untuk membuat katak tersebut melompat walaupun dengan hanya menggunakan kertas sahaja.
  • Menerangkan konsep sains dan teknologi yang dapat dipelajari pada kelas ini kepada setiap pelajar.

_GAMBAR DISINI_

Tarikh : 26 Januari 2024 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 9 orang
Tujuan 
PEDi Taman Hijau dengan kerjasama WI Tg Malim & KRT Jln Ketoyong mengadakan kelas pembuatan wanita dalam menghasilkan Teh Moringa untuk kesihatan dan juga boleh dijadikan sumber pendapatan.
Aktiviti 
  • Peserta akan pelajari teknik memilih daun Moringa yang baik dan berkualiti, kemudian proses pengeringan daun dan mengisar daun kepada 2 bahagian iaitu kisar kasar dan kisar halus. Selesai proses tersebut akhir sekali peserta juga belajar membungkus daun teh moringa menjadi sachet teh dan kapsul.

_GAMBAR DISINI_

Tarikh : 26 Januari 2024 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 9 orang
Tujuan 
Menguji tahap pengetahuan dan juga pemahaman pelajar mengenai kegiatan buli siber, kesan dan akibat buli siber, jenis buli siber dan juga mengenai keselamatan dalam Internet, dengan memnggunakan medium Quizizz.
Aktiviti 
  • Setiap pelajar akan menjawab kuiz mengenai Buli Siber di dalam portal Quizizz.
  • Membuat analisa soalan dan menerangkan sebab kesalahan dalam menjawab.
  • Dapat menguji tahap pemahaman pelajar dan juga dapat menerangkan dengan jelas kepada pelajar mengenai topik yang sedang dibincangkan.

_GAMBAR DISINI_

Tarikh : 20 Januari 2024 (Sabtu)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 4 orang
Tujuan 
Kelas pengukuhan Microsoft Words bertujuan melatih para pelajar untuk lebih berkemahiran dalam menggunakan Microsoft Words dalam pelabagai urusan harian.
Aktiviti 
  • Kegunaan Microsoft Words sememangnya penting dan setiap pelajar perlu mahir dalam penggunaannya. Pada kelas hari ini, pelajar di minta untuk membuat surat rasmi kepada pihak sekolah kerana tidak dapat hadir ke sekolah.
  • selain daripada mempelajari format surat rasmi, pelajar juga dapat mempelajari cara untuk menaip dengan betul.

_GAMBAR DISINI_