Tarikh : 08 Jun 2024 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Balai Lintang Tanjong Malim
Peserta : 58 orang

 

Tujuan
Aktiviti membuka booth pameran NADI sempena Program Komuniti Madani & Kaunter2U anjuran Pejabat Penerangan Daerah dan Majlis Daerah Tanjong Malim.

 

Aktiviti

- NADI Taman Hijau mengadakan permainan kuiz Klik Dengan Bijak kepada pengunjung yang hadir di booth NADi.

- setiap pengunjung yang singgah ke booth NADI boleh mendapatkan cenderahati pen.

- pendaftaran keahlian baru NADI turut dibuka dan layak mendapat hadiah istimewa daripada NADI.

- wakil NADI dapat mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan.

- acara Cabutan Bertuah sebanyak 3 kali sesi yang disediakan oleh pihak pengajur.

GAMBAR DI SINI

 

 
Tarikh : 05 Jun 2024 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : NADI Taman Hijau
Peserta : 1 orang

 

Tujuan
Memberi tunjuk ajar kepada pengguna untuk membuat permohonan dan pembayaran duti setem Hasil LHDN melalui portal STAMPS.
Aktiviti

Pengguna akan mengisi maklumat permohonan ID pengguna dan mula mengisi maklumat syarikat, maklumat ejen dan maklumat pembayaran di dalam lamanweb STAMPS.

Pengguna membuat pengesahan maklumat dan meneruskan pembayaran secara atas talian.

 

Pembayaran Setem Hasil

 

 

Tarikh : 11 Mei 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 7 orang
Tujuan 
Pelajar sekolah menghasilkan kad ucapan bersempena Hari Guru 2024 untuk diberikan kepada cikgu sekolah mereka.
Aktiviti 
  • Bersempena dengan Hari Guru yang akan di sambut oleh pelajar setiap tahun pada 16 Mei, pelajar di minta untuk mereka cipta kad ucapan hari guru dengan kreativiti masing-masing. 
  • Aktiviti ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Canva, dan secara hands on iaitu menghias kad ucapan tersebut secara bertulis dan menggunakan kertas.

_GAMBAR DISINI_

Tarikh : 25 Mei 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : NADI Taman Hijau
Peserta : 12 orang
Tujuan 
Memberi pengenalan asas membuat portfolio murid dalam memberi cakna kepada pelajar sekolah mengenai kepentingan maklumat peribadi diri.
Aktiviti 

 

  • Setiap pelajar akan diajar cara – cara membuat portfolio yang ringkas dan menepati kesesuaian pelajar tersebut.
  • Untuk menghasilkan portfolio ini pelajar juga diajar membuat isi kandungan, menyenaraikan hobi dan cita – cita mereka serta membuat nombor muka surat.

 

 

Tarikh : 08 Mei 2024 (Rabu)
Masa : 03.00 petang - 05.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 6 orang
Tujuan 
Kelas celik pengurusan kewangan kanak - kanak membantu mereka mudah memahami keperluan dan kehendak dalam pengurusan kewangan dengan kaedah menjawab kuiz.
Aktiviti 
  • Kesedaran mengenai pengurusan kewangan yang baik seharusnya mula dididik dari pelajar sekolah rendah supaya budaya ini dapat menjadi satu amalan yang mudah di ikuti.
  • Pelajar akan diberikan penerangan mengenai cara untuk menyimpan dan juga menguruskan kewangan dengan sebaiknya.
  • Kemudian, dengan menggunakan medium kuiz dalam talian, tahap pemahaman pelajar dapat diuji.

_GAMBAR DISINI_