Tarikh : 16 Disember 2023
Masa : 09.00 pagi - 12.00 ptg
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 9 orang
Tujuan 
Memperkenalkan asas kepada sistem robotik kepada pelajar di mana pelajar mempelajari cara untuk mengawal robot dan pengiraan programming bagi membolehkan robot tersebut bergerak mengikut aturcara yang pelajar tetapkan.
Aktiviti 
  • PEDi Taman Hijau dengan kerjasama Mechabotics Technology dan Continuum Mechatech Solutions telah mengadakan kelas Pengenalan Asas Robotics kepada pelajar sekolah yang berminat.
  • Antara pengisian kelas ini yang dapat dikongsikan:-
  • 1) Taklimat pengenalan asas robotik
  • 2) Aktiviti pemasangan robot
  • 3) Belajar mengawal robot menggunakan telefon pintar
  • 4) Belajar pengaturcaraan robot (programming)
  • 5) Sesi permainan Soccer Robot & Path Finder
  • Kesimpulannya para pelajar dan ibubapa amat berpuas hati dengan kelas asas Robotik kerana pelajar dapat menambahkan ilmu robotik malah memberi suatu pengalaman yang bermanfaat.

_GAMBAR DISINI_