Tarikh : 16 April 2022
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 5 orang
Tujuan 
Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah mengenai mewarna digital. Selain itu, tujuan mewarna digital ini juga dibuka kepada pelajar sekolah yang kurang cekap menggunakan perkakasan tetikus. Kaedah mewarna digital ini menerusi atas talian di mana pelajar perlu klik warna sahaja untuk mewarna pada gambar yang disediakan. Kelas ini mendidik pelajar berlatih menggunakan tetikus dengan betul dengan kaedah mewarna di laman web TheColor.com
   
Aktiviti 
Pelajar diajar menggunakan tetikus terlebih dahulu sebelum latihan mewarna atas talian. Kemudian, pelajar diberikan gambar untuk diwarna. Sebanyak 15 set gambar dalam sesi latihan mewarna ini. 
Tarikh : 16 April 2022
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Hijau & Zoom
Peserta : 5 orang
Tujuan 
Memberi pengenalan kepada peserta mengenai keselamatan dalam berinternet. Peserta diberi pendedahan mengenai keburukan terlebih berkongsi di media sosial kerana akan mendatangkan kepada pelbagai keburukan seperti jenayah siber, penyantunan dalam talian terutamanya remaja dan kanak - kanak, terdedah kepada penipuan dalam talian dan maklumat palsu.
   
Aktiviti 
Para peserta mendengar taklimat dan penerangan Klik Dengan Bijak yang merangkumi silibus Terlebih Berkongsi, Penyantunan Dalam Talian, Maklumat Palsu, Penipuan Dalam Talian, Jenayah Siber dan Keganasan Siber. Akhir sekali, peserta perlu mengisi borang kehadiran untuk membuat cabutan bertuah.

Lihat Gambar 

Tarikh : 07 April 2022
Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 1 orang
Tujuan 
Membantu & memberi sokongan kepada peserta untuk mengisi pendaftaran E-Filling LHDN mengikut panduan yang diberikan supaya peserta lebih celik ICT.
   
Aktiviti 

Memperkenalkan laman web EzHASIL untuk membuat pendaftaran E-Filling LHDN, menunjukkan langkah demi langkah mengisi maklumat dan setelah selesai membuat pendaftaran peserta perlu membuat semakan akaun semula dengan cara membuka akaun untuk memastikan peserta jelas dengan pengajaran yang disampaikan.

GAMBAR DISINI

 

 

Tarikh : 10 April 2022
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 1 orang
Tujuan 
Membantu peserta membuat pendaftaran dan permohonan Tahun 1 bagi sesi tahun 2023/2024 di laman web https://www.moe.gov.my
   
Aktiviti 
Peserta perlu melayari laman web moe.gov.my untuk mengakses sistem pendaftaran Tahun 1 dan perlu mengisi dengan lengkap semua maklumat berkenaan profil anak dan ibubapa seperti yang tertera di sistem tersebut. Kemudian perlu mengisi lengkap borang kesihatan pelajar. Akhir sekali, peserta diajar untuk membuat semakan semula di dalam sistem selepas log keluar.

Lihat Gambar

Tarikh : 09 Mac 2022
Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 2 orang
Tujuan 
Memberi pengalaman dan pendedahan awal kepada pelajar Prasekolah mengenai penggunaan komputer dengan betul dan kegunaan komputer untuk tujuan pembelajaran dalam talian.
   
Aktiviti 

Memperkenalkan permainan dalam talian bertujuan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak iaitu aplikasi ABCYa.com. Pelajar ini belajar mengenai huruf abjad dan nombor melalui permainan yang menarik minat kanak-kanak untuk bermain sambil belajar.

GAMBAR DISINI