Tarikh : 25 November 2022
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 1
Tujuan 

Seorang warga emas yang juga merupakan ahli PEDi telah hadir ke PEDi untuk meminta petugas mengajarkan cara untuk beliau menyemak keputusan penuh Pilihan Raya Umum ke-15 yang baru sahaja berlalu. 
   
Aktiviti 
  • Membuka laman web myspr.gov.my dan menunjukkan cara untuk mencari keputusan PRU bagi setiap negeri yang dikehendaki.
  • Membantu beliau untuk memuat turun aplikasi mySPR bagi memudahkan beliau membuka aplikasi dari membuka laman web SPR.
  • Menerangkan cara yang mudah untuk mencari data yang beliau kehendaki dan juga menerangkan mengenai jenis aplikasi yang boleh di muat turun atau tidak supaya beliau dapat mengelakkan dari memuat turun aplikasi yang tidak sepatutnya atau yang boleh menjerat menjadi mangsa penipuan dalam Internet.

GAMBAR DISINI