KELAS TIKTOK

keusahawanan MAC 1  keusahawanan MAC 2

 

 

KELAS SHOPEE

keusahawanan MAC 3  keusahawanan MAC 4

 

Tarikh : 01/03/24 & 08/03/24 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 1 orang
Tujuan 
Kelas keusahawananiaitu membuka Akaun TikTok Shop dan Shopee Seller kepada seorang ahli usahawan yang ingin menceburi perniagaan dalam talian. 
Aktiviti 
  • PEDi membantu usahawan, Puan Ani untuk membuka akaun TikTok Shop dengan menjual daging dendeng yang disediakan sendiri oleh Puan Ani.
  • Puan Ani sudah biasa menjalankan perniagaan secara luar talian selama beberapa tahun dan kerana ada sambutan dari pelanggan yang jauh, Puan Ani berminat untuk mencuba berniaga dalam talian.
  • Pihak PEDi menawarkan 2 platform perniagaan dalam talian yang mudah kepada Puan Ani iaitu TikTok Shop dan juga Shopee.
  • PEDi membantu Puan Ani dalam proses membuka akaun penjual, teknik pemasaran, cara untuk memproses pesanan dalam talian dan juga cara untuk mengepos produk dengan selamat kepada pelanggan.
Tarikh : 19 Jun 2023
Masa : 02.30 petang - 03.30 petang
Lokasi : Bilik Latihan PEDi Taman Hijau
Peserta : 4 orang
Tujuan 
Modul latihan keusahawanan dalam topik tips pengurusan sumber manusia untuk golongan usahawan kecil dalam mengembangkan kemahiran praktikal untuk memastikan para usahawan mempunyai pemahaman tentang teori dan amalan pengurusan sumber manusia moden.  
Aktiviti 
  • Kelas secara dalam talian ini memfokuskan pengurusan sumber manusia iaitu terutamanya kepada usahawan dalam mengambil pekerja.
  • Melalui kelas ini, usahawan dapat mengetahui cara mengambil pekerja, menguruskan hal ehwal pekerja dengan baik dan secara sah dari segi undang-undang.
  • Usahawan yang menyertai kelas latihan ini juga dapat menimba ilmu berkaitan soal pembayaran gaji pekerja dan juga hak-hak pekerja dan majikan yang sepatutnya.
Tarikh : 07 April 2023
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Perkarangan PEDi Taman Hijau
Peserta : 1
Tujuan 

Membantu ahli baru PEDi untuk menjadi usahawan digital dengan mendaftar akaun Shopee Seller di aplikasi Shopee

Aktiviti 
  • Menunjuk ajar ahli cara membuat pendaftaran sebagai Penjual di Shopee.
  • Menerangkan kepada ahli segala syarat menjadi Penjual dan kaedah jualan yang dijalankan di platform Shopee.
  • Membantu ahli untuk memuat naik gambar dan penerangan produk untuk dijual.
  • Menunjukkan carta atau aliran proses jual beli di Shopee dan tindakan yang harus dilakukan oleh peniaga Shopee sekiranya mempunyai masalah dengan pesanan oleh pelanggan.

 GAMBAR DISINI_