Tarikh : 14 Februari 2023
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahri
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 1
Tujuan 

Usahawan PEDi yang telah berjaya membuka akaun Shopee Seller dan beliau ingin memuat naik gambar produk dan barangan yang di jual.

   
Aktiviti 
  • Menunjukkan cara untuk memuat naik gambar dan juga mengisi maklumat asas produk yang ingin dijual di Shopee
  • Menerangkan kepada usahawan proses penghantaran yang di jalankan oleh pihak Shopee dan cara untuk mengelakkan dikenakan penalti kepada usahawan sekiranya usahawan tersebut memuat naik produk atau barangan yang dilarang oleh pihak Shopee.
  • Menunjukkan kepada usahawan beza antara membuka aplikasi Shopee Seller Centre di PC dengan di telefon bimbit dimana jika di telefon bimbit banyak fungsi yang terhad.

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 09 Januari 2023
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Hall PEDi Taman Hijau
Peserta : 1

 

Tujuan 


Seorang ahli usahawan baru yang ingin mempelajari cara untuk berjual beli di dalam platform Shopee dan akaun Shopee Seller di Seller Centre.

   
Aktiviti 
  • Menerangkan kepada usahawan berkenaan, kebaikan mempunyai akaun Shopee Seller dan menunjuk ajar cara untuk mendaftar akaun Seller.
  • Menunjukkan cara untuk tambah produk, masukkan gambar produk dan cara untuk memlilih courier bagi produk yang ingin di iklan kan. 
  • Memberikan tips dan juga idea kepada usahawan untuk membantu usahawan membuat jualan dan mengekalkan prestasi peniaga Shopee yang baik supaya akaun Shopee Seller tersebut tidak di sekat atau di buang oleh pihak Shopee.

 

Tarikh : 08 Oktober 2022
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tgh
Lokasi : PEDi Taman Hijau
Peserta : 7 orang
Tujuan 
  • Kursus Latihan Pengendalian Makanan secara dalam talian yang dijalankan ini merupakan suatu keperluan kepada usahawan yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan atau memproses makanan.
  • Usahawan dan juga mereka yang terlibat dalam pemprosessan makanan yang menyertai kursus latihan ini menunjukkan komitmen mereka dalam penyediaan makanan yang baik dan berkualiti.
  • Diharapkan semua yang menyertai kursus ini akan mendapat manfaat yang baik dan sentiasa mengamalkan segala ilmu yang dipelajari melalui kursus ini seterusnya dapat meningkatkan lagi kualiti kerja mereka.

 

GAMBAR DISINI

Syarikat Malim Bakery Enterprise yang diasaskan oleh Encik Mohamad Izzat Tajudin bersama abang beliau yang mula berniaga sejak tahun 2018. Beliau menjalankan perniagaan secara langsung dan juga atas talian. Beliau kini mempunyai pengedar di Perak, Selangor, Melaka & Johor. Sasaran beliau untuk mempunyai pengedar setiap negeri di bawah Malim Bakery pada masa akan datang.