AIR TERJUN STRATA

Air terjun Strata merupakan air terjun yang terletak di Behrang Ulu, kaki Gunung Behrang, Perak. Air terjun ini terletak kira-kira 2.74km dari kawasan kaki Gunung Behrang dan sememangnya merupakan lokasi yang sangat terkenal bagi golongan yang sukakan aktiviti luar seperti mendaki gunung dan berkhemah di dalam hutan. Pendakian yang mengambil masa antara 1 jam 30 minit ke 2 jam ini pastinya berbaloi bagi penggemar aktiviti mengembara hutan kerana dapat melihat air terjun yang sangat cantik dan menikmati air yang sangat segar dan sejuk

Strata Falls

 

 

TERATAK RIVERVIEW

Teratak Riverview merupoakan sebuah resort yang terletak di Sungai Bernam dan merupakan sungai sempadan antara negeri Perak dan Selangor. Teratak Riverview memulakan operasinya bermula pada tahun 2008 dan berkembang maju sehingga kehari ini. dengan menawarkan pelbagai kemudahan kepada pengguna seperti temopat berkhemah, asrama, chalet dan pelbagai perkhidmatan lain untuk kemudahan pengunjung seperti surau, dewan, wakaf dan lain-lain lagi.

Suasana yang nyaman dan segar serta kemudahan yang baik ini sangat sesuai dijadikan lokasi kepada mereka yang ingin berkumpul beriadah bersama keluarga dan sahabat atau menjalankan hari keluarga bagi mengeratkan lagi silaturrahim.

 

 

teratak riverview 2

 

 

 

 

TAMAN TASIK EMBAYU, PROTON CITY

Taman Tasik Embayu merupakan tasik buatan yang terletak di kawasan perumahan Proton City dan merupakan taman tasik yang agak terkenal di Tanjung Malim, terletak di Bandar Proton. Terdapat pelbagai aktiviti riadah yang boleh dilakukan seperti berjoging, senaman, bermainlayang-layang, bermain belon buih dan sebagainya. Taman Tasik ini juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk aktiviti keluarga seperti taman permainan kanak-kanak dan padang permainan yang luas selain daripada peralatan senaman untuk kemudahan para pengunjung. Selain itu, terdapat kemudahan lain seperti kedai runcit, kedai makan, klinik, balai polis bantuan serta lain-lain kemudahan yang tersedia berhampiran dengan Taman Tasik Embayu.

Taman tasik ini sememangnya lokasi yang sangat sesuai untuk pelbagai golongan masyarakat beriadah dan bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan kerana terdapat tempat rekreasi yang luas dan selesa. Pengunjung dalam menikmati pemandangan yang indah kerana lokasi tasik yang berhampiran dengan bukit bukau yang menghijau dapat memberikan pengunjung merasai keindahan flora dan fauna.

 

tasik proton5 tasik proton4