Kawasan Rukun Tetangga (KRT) adalah di bawah Jabatan Perpaduan Negara bergerak aktif dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan berbentuk keselamatan dan pembangunan komuniti. Organisasi Kawasan Rukun Tetangga ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Nawawi Bin Idris yang bergiat aktif di Tanjung Malim.
Antara peranan organisasi KRT adalah seperti menjalankan apa - apa aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibah, keharmonian, keselesaan, keamanan, kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti di kalangan anggota masyarakat serta menjalankan apa - apa fungsi dan tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa.
Sumber: Facebook KRT Tanjung Malim Perak